jata 

 

bainah
     Pn Hjh Bainah bt Ab Dolah
                  Pengetua 
 
Penolong Kanan 
 
pentadbiran
 
 
guru bertugas
Koleksi Soalan
Login Form
widget

Selamat Datang

Ke SMK Lambor Kiri 

Home

Info Terkini

Popular

Portal SMK Lambor Kiri

Bahtera Merdeka

bahtera merdeka 

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-57 Peringkat sekolah telah disempurnakan oleh Pn Hjh Bainah bt Ab Dolah Pengetua SMK Lambor Kiri di Dataran Ilmu semasa perhimpunan pagi 18/8/2014.

jubli perak

Sambutan Jubli Perak SMK Lambor Kiri telah diadakan pada 24 Mei 2014 yang telah dirasmikan olen YB Dato' Nasarudin b. Hashim.

pantun

Tahniah kepada barisan pemantun sekolah yang telah berjaya memenangi tempat ke 3 dalam pertandingan Pesta Pantun Daerah Perak Tengah 2014 di SMK Seri Londang pada 10 Mei baru-baru ini.

banner hacTahniah dan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Pelaksana HAC 2014 yang telah bertungkus lumus menganjurkan majllis ini dengan jayanya.

 spm 20132BERKAT USAHA, DOA DAN TAWAKAL...TAHNIAH.. Pelajar-pelajar SPM 2013 meraikan kejayaan mereka dan bergambar kenangan bersama-sama  dengan Tn Pengetua Pn Hjh Bainah bt Ab Dolah serta guru-guru pengiring.

Siti Nurul Syafiqah bt Mursib (berdiri 3 dari kanan) muncul pelajar terbaik dengan pencapaian 6A 2B 1C 1D diikuti oleh Nurul Syazwani bt Mohd Norhadi Shah 5A 5B dan Nurhasmira bt Hasan 5A 1B 2C 2D - wargasmklk

zikir pagi petang
 rugby
TAHNIAH..Team Ragbi SMKLK bergambar kenangan setelah muncul juara dalam Kejohanan Ragbi  Bawah 15 Peringkat Daerah Perak Tengah baru-baru ini.

 

Kursus Haji

hajiBEGINI CARANYA....Mohd Saepi dan Azri sedang menunjukkan cara-cara memakai kain ihram yang betul sambil diperhatikan oleh Ust Salim b. Mohd Taib Pengarah Urusan Darul Mubarak Travel Sdn Bhd.

Kursus Ibadah Haji ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam yang diadakan di Surau SMK Lambor Kiri pada Khamis 24 Oktober yang lalu - wargasmklk

 

Last Updated (Tuesday, 19 August 2014 13:35)

 

Banjir Kilat

banjir

BANJIR !!..SMKLK dilanda banjir. Pagi Isnin 21 Oktober 2013 warga SMKLK dikejutkan dengan kejadian banjir kilat yang melanda sekolah. Untuk rekod kejadian banjir pada kali ini adalah yang terburuk pernah dicatatkan sejak 20 tahun lalu sehingga menenggelamkan dataran perhimpunan sekolah.

Kejadian seperti ini berlaku disebabkan oleh paras air Sungai Perak naik berikutan hujan lebat pada waktu awal pagi hingga melimpah lalu menenggelamkan kawasan rendah di persekitaran sekolah.

Difahamkan paras air mulai surut menjelang jam 9.00 pagi dan selepas itu sesi P&P diteruskan seperti biasa.

cuciKelihatan para pelajar sedang bergotong royong membersihkan semula kelas dan bilik-bilik yang telah dinaiki air berlumpur- wargasmklk

 
LADAP VLE FROG 

vle frogDEMI MEMPERTINGKATKAN PROFESIONALISME... biarpun dalam serba serbi kekurangan namun guru-guru SMKLK tetap tekun mempraktikkan kemahiran yang dipelajari sewaktu LADAP VLE FROG di bilik guru pada Sabtu 19 Oktober yang lalu.

Kursus tersebut disampaikan oleh admin VLE Frog SMK Lambor Kiri En Syed Zul dan Pn Noriza dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan- wargasmklk

 

Last Updated (Sunday, 03 November 2013 15:26)

 

Mesyuarat Kurikulum

mesy

Mesyuarat kurikulum telah  diadakan di Makmal ICT pada Khamis 24 Oktober  bermula jam 2.30 dan berakhir pada 4.30 ptg.

Last Updated (Tuesday, 29 October 2013 07:31)

Read more...

 

Asrama

selamat datang

Program Menanda Tangani Kad Kemajuan dan Akur Janji Pelajar PMR dan SPM 2013 

PENUH HARAPAN- Majlis Akur Janji Pelajar-Pelajar PMR dan SPM 2013 telah diadakan di Dewan Makan Asrama pada hari Jumaat 12 Julai 2013 jam 10.30 pagi.  

Dalam ucapannya Pn Bainah telah menetapkan sasaran untuk mencapai keputusan straight A dan minimum 3A bagi setiap pelajar sasaran dalam PMR dan SPM pada tahun ini.

Sama-samalah kita berusaha dan berdoa semoga  segala yang diharapkan akan menjadi kenyataan.

 

Last Updated (Friday, 12 July 2013 11:29)

 

Maulidur Rasul 1435H

 

Sambuatan Maulidur Rasul 1435H peringkat sekolah pada kali ini telah  diadakan pada hari Isnin 13 Januari 2014 di Dataran Ilmuan. Pelbagai acara telah dijalankan seperti perarakan sepanduk dan selawat nabi yang telah disertai oleh semua kelas daripada Tingkatan 1 hingga 5.

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014.

Tema sambutan pada kali ini "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"Maka 14 Januari 2014 (Selasa) merupakan cuti umum semua rakyat di Malaysia.

MAULIDUR RASUL:  KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI
Pengenalan
Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi. 
Baca selanjutnya sila klik read more di bawah

Last Updated (Tuesday, 14 January 2014 23:49)

Read more...

 

         

jubli

bg

hijrah

Pautan Luar

link-pilihan

pbs

apdm

esplg

logokpm

jpn

ppd

egaji

vle frog icon
Pendapat Anda
Penampilan Portal smklk yang baru ?
 
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini38
mod_vvisit_counterSemalam132
mod_vvisit_counterMinggu Ini418
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1046
mod_vvisit_counterBulan ini2474
mod_vvisit_counterBulan Lepas1737
mod_vvisit_counterJumlah164580